|
BULETIN JAMIS UPM
MENGULAS ISU PENDAFTARAN PBTUPM & AGENDA TERSEMBUNYI GMMUPM
|
|
.
www.jamisupm.blogspot.com
Tarikh Terbitan; 9 Januari 2006. Sehari selepas Ahli JK Penubuhan PBTUPM (merangkap ahli GMMUPM) mengedarkan risalah Laporan Pendaftaran PBTUPM di Flat Sri Serdang, UPM.
Pengenalan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia (PBTUPM) Sejak dahulu lagi, PBTUPM telah ditubuhkan bertujuan untuk memperkenalkan Bahasa Cina dan budaya Tionghua kepada mahasiswa Cina UPM. JAMIS UPM memandang tinggi usaha PBTUPM suatu ketika dahulu yang mana segala aktiviti dan pergerakannya menjurus kepada keharmonian, kesejahteraan dan kesepakatan sesama ahli. Sehinggakan dahulunya, ada di kalangan mahasiswa Melayu yang terhibur dengan lagu-lagu Mandarin dendangan kumpulan S.H.E., Jay Chou, Kelly Chan, etc, disebabkan rakan dari PBTUPM suatu ketika dahulu memperkenalkan irama ini kepada rakan Melayu.
Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, PBTUPM yang dahulunya harmonis, mudah beroperasi dan menjalankan apa jua aktivitinya di UPM tanpa halangan dari pihak pentadbiran, kini terdapat ‘something wrong’ dan terpaksa pula merayu-rayu untuk memohon pertubuhan ini didaftarkan.
ADA APA DENGAN PBTUPM? APA MUSLIHAT GMMUPM?
Tahukah anda? Jawatankuasa Penubuhan PBTUPM (JK Penubuhan PBTUPM) memohon pihak UPM supaya menerima PBTUPM sebagai pertubuhan mahasiswa yang sah, di mana ahli JK Penubuhan PBTUPM ini didalangi oleh kebanyakan ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM). Antaranya adalah Simon Ooi dan Lydia.
Gerakan sayap kiri ini ekstrimis dalam menentang dasar pentadbiran dan kepimpinan UPM. Mereka banyak terlibat dengan aktiviti dan pucuk pimpinan parti politik luar seperti Parti PAS, DAP, dan Parti Keadilan Rakyat. Buktinya jelas. Mahasiswa UPM boleh memuat turun keterangan bukti bergambar dan video ini dari laman web JAMIS UPM.
Gerakan mahasiswa sayap kiri ini, akan MEMPERKUDAKAN pertubuhan bahasa seperti PBTUPM ini bagi mempromosikan dakyah dan seruan mereka terhadap ideologi parti politik yang mereka naungi. Selama ini, mereka sukar untuk beroperasi di UPM kerana pertubuhan GMMUPM ini tidak diiktiraf sebagai pertubuhan berdaftar, maka mereka mencari alternatif untuk memperalatkan PBTUPM sebagai kuda tunggangan mereka.
Mengapa Laporan Pendaftaran PBTUPM dikarang dalam bahasa Melayu?
Pada pertengahan tahun lepas, GMMUPM melalui PBTUPM telah menyiarkan poster keterangan bahawa permintaan mereka untuk menubuhkan PBTUPM secara sah di UPM telah ditolak oleh pihak pentadbiran. Marah dengan keadaan itu, pihak GMMUPM menampal poster keterangan di Flat Sri Serdang, dalam tulisan berbahasa Cina. Tujuannya adalah untuk meraih simpati mahasiswa sasaran GMMUPM, iaitu mahasiswa Cina.
Sila klik untuk melihat imej yang lebih besar.
Tindakan PBTUPM ini jelas menunjukkan bahawa, mereka telah mengamalkan budaya GMMUPM dalam segala tindak tanduk mereka dalam membuat sesuatu tuntutan. Sama jugalah kaedah menampal poster dan mengedar risalah PBTUPM yang dibuat semalam (7 Jan 2006), kaedah dan modus operandi mereka saling tidak ubah dengan modus operandi GMMUPM.
Tetapi, apabila mereka menyatakan ‘tuntutan’ mereka yang berbentuk rayuan daripada pihak mahasiswa UPM, mereka merayu-rayu agar risalah mereka difotostatkan dan disebarkan kepada mahasiswa lain.
Kesimpulan. JAMIS UPM dengan ini merumuskan bahawa, PBTUPM tidak boleh sama sekali didaftarkan di UPM sebagai pertubuhan sah, melainkan jika tidak terdapat organisasi yang kabur (double standard) dari kalangan mahasiswa GMMUPM, dan mestilah pertubuhan ini melibatkan keanggotaan dalam kepimpinannya dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Jikalau ada pun pertubuhan ini diaktifkan oleh ahli-ahlinya dalam posisi pertubuhan yang tidak berdaftar, JAMIS UPM menyeru mahasiswa agar mengelakkan diri dari menyertai pertubuhan PBTUPM ini, kerana buat masa ini, PBTUPM telah tercemar akibat penyerapan ideologi ahli GMMUPM.
Pihak karyawan JAMIS UPM mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 50 Tahun kepada semua Mahasiswa UPM. Aku Sayang Malaysia. Aku Anak Malaysia. Alhamdulillah.
www.jamisupm.blogspot.com
|
||||||||||||||||||